Monday, May 18, 2009

:: Jangan Hidup Sambil Mati ::

FIKIR MATI AKAN SENANG ATAU SUSAH
Inilah pertentangan antara keyakinan seorang bukan Islam dan seorang mukmin. Idea bukan Islam sering menjauhkan seseorang dari berfikir tentang kematian, kerana sangkanya ia hanya akan melambat kemajuan diri seseorang. Malang, kepercayaan ini semakin meresap dalam diri kebanyakkan umat Islam, khususnya mereka yang sedang mabuk dilambung oleh ketamakan wang, pangkat dan harta. Kematian semakin dilupai, membawa sama kelupaan terhadap redha dan cinta Allah dan Rasul, turut lupa dan lalai terhadap larangan, tegahan dan arahan ilahi.

Kejauhan daripada Allah swt semakin terbukti apabila disebut berkenaan hukum perniagaan, mereka melenting dan tergesa-gesa menempelak :-
"kalau asyik haram, haram, haram aja, sampai bila kita nak maju!!, bukankah Islam suruh kita maju!"
Ini idea jahiliyah, yang sepatutnya hanya tersemat kukuh dalam hati dan minda seseorang yang sepatutnya berpakaian ‘kafir' bukan dari seseorang bernama Muslim. Moga kita dijauhi dari minda buruk ini. Islam menyuruh kita maju hati dengan kekayaan yang halal.

Allah swt berfirman :-

قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى
Ertinya : "Allah berfirman: ""Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan" ( Toha : 126 )

ZIKIRAN KEMATIAN YANG MENGHIDUP

Ya Allah, NabiMu menangis deras mengingatkan nasib kami yang lemah ini. Ingin sahaja Nabi berdoa kepada Allah agar dapat diperdengarkan bunyi manusia yang sedang diazab di kubur.
Catatan Imam Muslim menyebutkan kalam Rasulullah s.a.w :-

إن هذه الأمة تبتلى في قبورها ، فلولا أن لا تدافنوا ؛ لدعوت الله أن يسمعكم من عذاب القبر الذي أسمع منه
Ertinya : Sesungguhnya umat ini akan diazab di dalam kubur mereka, nescaya jika sekiranya ia tidak sampai terlalu menakutkan kamu (sehingga takut untuk dikafankan dan dikebumikan), sudah tentu akan aku berdoa kepada Allah swt agar diperdengarkan bunyian azab kubur sebagaimana yang aku dengari ini" (Hadis riwayat Muslim)

Itulah salah satu mu'jizat Nabi s.a.w yang diizinkan oleh Allah untuk mendengari bunyian pukulan azab seseorang hamba. Ingin sahaja Nabi berkongsi kesedaran itu dengan kita..

Ya dengan kita, untuk apa ?
Agar kita tersedar dari dodoian indah dunia dan harta sementara yang melupakan dari tugas dan tanggungjawab hakiki di muka bumi sementara ini.
Azab atau nikmat di barzakh akan kekal sehingga kita dibangkitkan, jika ia enak, akan enaklah sepanjang penungguan dan selepasnya, jika pedih akan pedih jualah perjalanannya bermula dari diletaknya ia di ruang kecil lagi sempit yang bernama liang lahad.

Nabi bersabda :-

إن أحدكم إذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي إن كان من أهل الجنة فمن أهل الجنة وإن كان من أهل النار فمن أهل النار يقال هذا مقعدك حتى يبعثك الله إليه يوم القيامة

Ertinya : Apabila seorang kamu telah mati, dibentangkan tempat tinggalnya di pagi dan petang hari, sekiranya ia dari kalangan ahli syurga, maka ia akan menikmati tempat tinggal seperti ahli syurga, sekiranya ia dari kalangan ahli neraka, nescaya ia akan merasakan tempat duduk ahli neraka dan dikatakan kepada mereka : Inilah tempat tinggal kamu sehinggalah kamu akan dibangkitkan di hari kiamat kelak (Riwayat Bukhari dan Muslim)

BILAKAH ?
Wahai diriku dan teman-teman, apakah kehidupan kita hari ini sudah akan melayakkan kita untuk disenaraikan sebagai penghuni neraka atau syurga?
Sedarkah kita, kematian sentiasa mengintai dan malang bagi diri yang masih sering melupakannya, kehidupan dan hartanya disirami unsur haram lagi terlarang. Tubuhnya disaluti pekakas haram, pergerakannya sentiasa melanggar sempadan kemurkaan Allah dan dukacita Rasul. Keluarga ditadbir mengikut telunjuk nafsu.
Adakah sudah kita tempah ruangan barzakh yang luas sebagaimana kita tempahi kereta mewah idaman kalbu?
Bilakah lagi mahu tiba rasa ghairah dan kesungguhan untuk pahala besar sebagaimana rakusnya kita dalam mendapatkan kontrak dan tender besar?
Apakah kita sudah mampu tersenyum puas kerana usaha kita mentaati Allah, sebagaimana mereka yang tersenyum bangga memasuki rumah baru dibelinya yang luas lagi indah, bagaimana nasib rumah kuburnya kelak?
Jikalau kita masih belum, mengapa harus kita berlengah lagi?. Masih belum sedarkah dari lena dunia dan isinya?

Kematian seharusnya menjadi satu waktu yang dinanti kerana ia permulaan nikmat hakiki, bukan ditakuti dan dirisaukan. Namun jangan sampai enggan berubat apabila sakit, berubat adalah tuntutan Islam yang ditegaskan oleh baginda Nabi s.a.w.
Bilakah kesediaan itu akan tiba wahai diri, bila lagi?

Ya Allah, kami berdoa agar kami tidak tergolong dalam kategori mereka yang melupaimu, berikan kami sekelumit rasa cinta dan kasih kepadaMu, moga ia mampu mencetus getaran hati yang merubah diri lalu menyelamatkan kami dari azabMu. Jadikan kematian sebagai satu garisan yang tidak digeruni kami, tetapi ditunggu oleh kami dek kerana keghairahan untuk bertemuMu dan RasulMu yang membawa sinar dan rahmat kepada seluruh alam.
Memperbanyak fikir berkenaan mati akan menghidupkan seseorang, kegagalan berifkir tentangnya akan mematikannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
17 Rabiul Thani 1430 H
13 April 2009

Read more...

Tuesday, March 3, 2009

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.







"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...



Sumber : Sekretariat NYDP2 MPP Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Read more...

Thursday, January 29, 2009

Sebuah Kisah Seorang Kristian mencari Nur Islam..

Assalamualaikum w.b.t.. selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. para sahabat, ahli keluarga baginda, para syuhada', pejuang2 Islam yang sentiasa berjuang menegakkan agama Allah di bumi Allah sehinnga dapat kita nikmati nikmat Islam dan nikmat iman pada hari ini..,

Satu kisah yang sudah lama berlaku, tetapi timbul di hati ini untuk mengeluarkan kembali artikel ini semoga mendapat manfaat kepada sesiapa yang membacanya.. semoga kisah ini dapat menyedarkan kita semua..


Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekola h dsn. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- -

Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam s uka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus. Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa orang malaya' datang& nbsp; kerumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya peg ang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja. Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu...Islampun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi& nbsp; banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah. tolong fowardkan demi islam... demi agama yang tercinta, insyaallah...

Read more...

Tuesday, January 27, 2009

Ambil Kembali Permata itu

Dunia Islam hari ini ibarat kertas yang di cucurkan dengan api. Sedarkah tidak wahai mujahid-mujahid
Islam di IPT bahawa tanggungjawabmu kian membesar? Kau lihatlah hari ini dunia Islam yang pegang itu di buat seperti sampah. Saudara-saudaramu dibunuh sesuka hati. Apa tugas dan apa yang kalian telah lakukan untuk Islam?


Masalah Mahasiswa Mahasiswi Islam hari ini adalah tiada matlamat ataupun matlamatnya tidak tepat.
Setiap orang dari kita mempunyai matlamat yang berbeza-beza.


Sedangkan apa yang Islam mahukan setiap penganutnya mempunyai 1 matlamat sahaja iaitu mendapat keredhaan Allah.


Ini semua adalah rancangan jahat orientalis dan sekularis yang ingin umat islam berpecah-belah.
Sekarang ini pun kita sudah lihat kejayaan mereka. Berapa ramai pemuda-pemudi Islam yang hidup berpeleseran tiada hala tuju?


Berapa ramai pula yang hidup dengan kemaksiatan?

Semua itu telah menunjukkan betapa berjayanya musuh-musuh Islam dalam menyesatkan umat Islam.

Tidak cukup dengan itu,pendidikan tinggi kita pun jadi sasaran.

Bakal-bakal pewaris takhta kerajaan di lekakan dengan kemewahan dan keseronokan.
Unuversiti kini jadi medan pertaruhan musuh-musuh Islam sejauh manakah kejayaan mereka dalam
menyesatkan orang-orang Islam.


Dengan skop pembelajaran yang dibawa dari barat,pendidikan mahasiswa di universiti kini mengarah
kepada pemecahan kesatuan dari segi pemikiran yang berpusat tidak lain hanya kepada Allah.


Mahasiswa diterapkan dengan nilai personal yang tinggi dan sifat bersatu dibunuh sama sekali.
Universiti hari ini tidak ubah seperti kilang yang menghasilkan produk muslim yang langsung tidak
berkualiti.


Matlamat hidup yang berbeza-beza antara setip mahasiswa islam telah menghilangkan sama sekali rasa ukhwah antara mereka dan tidak ada pun perasaan bersaudara sesama muslim.


Kita lihat semakin ramai mahasiswa islam yang berkelahi sesama sendiri semata-mata atas alasan
pemahaman politik yang berbeza.

Apa pula terjadi pada pelajar mahasiswa bukan Islam?

Mereka semakin sibuk dengan pelajaran dan kecemerlangan.

Keadaan dan senario politik kampus tidak pernah di endahkan dan mereka hanya tersenyum apabila
melihat mahasiswa-mahasiswi Islam ini berkelahi sesama sendiri.

Sedangkan apa yang perlu di titik beratkan semasa hidup di IPT adalah mengumpul ilmu sebanyak
mungkin. Sebagai seorang pelajar Islam yang berpelajaran tinggi,sejarah Islam ketika permerintahannya menjadi agong di mata dunia suatu masa dahulu tidaklah perlu diabaikan dan hanya tinggal menjadi sejarah.


Ilmu-ilmu Islam yang telah dicuri oleh barat suatu ketika dahulu perlulah kita anggapkan sebagai permata Islam yang hilang.


Mahasiswa Islam tidak boleh leka lagi.
Kita perlu ambil kembali permata kita yang hilang itu untuk kita bina kembali zaman kegemilangan Islam
dan kita buktikan pada dunia Islam adalah satu-satunya cara hidup yang terbaik.


Ayuh!Bangunlah wahai Mujahid-Mujahid Allah.
Bangkitlah.
Hilangkan segala lena dalam hidupmu.
Kembalikan semula martabat Islam dimata dunia.
Segalanya terletak atas bahumu wahai pejuang.
Jangan kau leka lagi dengan wang pinjaman tak seberapa itu.

Jangan pula kau sibuk mencari pasangan.
Dan jagan sesekali kau junamkan dirimu ke lembah maksiat.

Sediakan diri untuk memikul amanah Allah.
Bersedia untuk kita sama-sama bina sejarah Islam yang gemilang .


Ar-Ruhul Jadid Fil Jasadil Ummah

Read more...

About This Blog

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP