Saturday, October 25, 2008

Rehlah Ku...

17 Oktober 2008

Bermulanya sebuah lagi perjalanan hidupku bersama sahabat2 seperjuangan dalam menjalankan kerja dakwah. Hari ini, aku bersama sahabat2 yang lain akan mengadakan rehlah bersama dengan ayahanda usrah kami iaitu en. Zul. Dalam rehlah ini, aku memainkan peranan sebagai pengarah program rehlah ini. Jadi aku mesti melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Malam sebelum bermulanya rehlah ini, aku dan sahabatku telah menyediakan barang2 keperluan yang perlu dibawa semasa rehlah nanti. Aku bangkit dari mati sementara seperti kebiasaanya. Menunaikan tanggungjawab sebagai seorang mukmin di pagi hari. Selepas itu, aku menyiapkan diri untuk program yang akan di jalankan hari ini. Aku bersama sahabat ku pergi mengambil kereta sewa untuk tujuan rehlah kami ini. Namun, kereta yang dijanjikan tiada ketika kami tiba, tuan kereta memberi kami kereta proton sebagai gantinya. Aku jadi driver. Kami bertolak ke tempat rehlah kami lebih kurang pada pukul 8.45 pagi. Perjalanan kami mengabil masa hanya 45 minit.

Setibanya kami di Lata Tembakah, kami menikmati sarapan pagi sementara menunggu en. Zul datang. Pada waktu itu, en. Zul baru sahaja bertolak dari rumahnya selepas menjemput anak pertama yang baru sahaja menamatkan peperiksaan menengah rendah (PMR). Sementara menunggu en. Zul tiba, kami membawa peralatan dan bahan2 rehlah ke tempat yang sesuai. Dalam masa yang sama, kami menghidupakn api sebagai persediaan untuk berbekiu. Bahan2 berbekiu semuanya diuruskan oleh en. Zul. Pada masa yang sama, kami mandi serta menikmati keindahan alam ciptaan ILAHI ini. Begitu indahnya ciptaanMU ya Allah… diriku berasa begitu kerdil melihatkan kekuasaanMU ini. Aku berzikir mengucapkan syukur dengan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada ku Ya Allah.. dalam pada yang sama, aku berdoa agar hatiku tidak lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang daei. Indahnya berukhwah fillah ini ya Allah.. lebih kurang pada jam 11.20 pagi, en. Zul tiba bersama kuarga tercintanya. En. Zul hanya membawa 5 orang anaknya sahaja manakala 2 orang anaknya lagi tidak ikut sama kerana menghadiri kelas tambahan.


Sebelum kami ber’BBQ, kami dihidangkan dengan tazkirah yang disampaikan oleh en. Zul. Di hatiku berasa begitu indah dan aman sekali apabila bersama dengan en. Zul. Semacam ada aura yang en. Zul pancarkan ke dalam hatiku ini. Aku berasa indahnya nikmat berada di jalan dakwah ini. Indahnya ukhwah ini. Oh Allah…. Janganlah engkau palingkan hatiku ini setelah engkau berikan aku nikmat iman ini ya Allah.. tetapkan hatiku dan hati2 sahabatku di dalam jalan dakwah ini ya Allah… engkau pelihara kami dan bantulah kami dalam menegakkan syariatMu ini ya Allah.. hatiku berdoa memohon kepada yang ESA. Dalam usrah atau tazkirah itu, en. Zul menyedarkan kami supaya mensyukuri nikmat ciptaan ILAHI dan menghayati alam ciptaanNYA. En. Zul juga menyatakan bahawa kami adalah antara golongan yang terpilih kerana dalam kami seronok berehlah, kami juga dihidangkan dengan peringatan2 yang di sampaikan oleh beliau dalam meneruskan kerja dakwah di muka bumi Allah ini. Indahnya… tak dapat diungkapkan dengan kata2 betapa indahnya nikmat yang ku rasakan apabila berada dalam usrah ini.


Sentiasa di ingatkan supaya mengingati al-Khalid. Ya Allah… aku bersyukur kepadaMu kerana memberikan aku kenikmatan seperti ini… dalam usrah atau tazkirah yang di sampaikan oleh en. Zul itu, beliau menceritakan tentang 12 sifat Ibadurrahman tulisan ulamak yang terkenal iaitu Prof. Dr, Yusof Qardhawi. En. Zul hanya menerangkan secara ringkas tentang 12 sifat itu kerana masa begitu singkat. Selepas selesai menjamu hidangan dakwah, kami berBBQ. BBQ kami adalah daging kambing biri2 yang di import dari New Zealand dan juga sedikit ayam yang disediakan oleh en. Zul. Dalam berBBQ, kami tidak lupa untuk menyiapkan diri bagi manghadap Sang Pencipta. Kami keluar untuk menunaikan solat jumaat di masjid yang berdekatan. Kami solat di masjid Kg. Bukit Payong. Selesai solat, kami meneruskan rehlah kami. Kali ini, aku mandi untuk kali keduanya. Sementara sahabat2 ku ada yang berBBQ dan ada juga yang turut mandi bersama. Ketika sedang mandi, seorang sahabatku kelemasan. Aku sempat menariknya ke tepi kerana ketika itu hanya aku dan dia sahaja berada di tempat itu. Alhamdulillah selamat. Rehlah kami berakhir apabila hujan turun. Kami mengemaskan alatan rehlah. Kami bertolak pulang ke kampus pada jam 3.45 petang. Dalam hatiku, aku berharap agar suasana dakwah seperti ini akan berterusan dalam kalangan kami semua… oh Allah… tetapkan hati kami ini di jalan dakwah Mu, hati kecilku bermonolog…

Menjamu hidangan tazkirah yg disampaikan En. Zul


Copyright from http://diariseorangsyabab.blogspot.com

Read more...

Thursday, October 9, 2008

Mari Mengisi Balang.....

Ada satu balang, kita diminta untuk mengisikan baling tersebut dengan sebanyak mungkin kombinasi beberapa saiz batu.batu sederhana besar,batu kecil dan batu sangat kecil a.k.a pasir, heheh. Yang manakah menjadi pilihan kalbu terlebih dahulu?Mengisi yang paling kecil dulukah?sederhana besar?kemudian batu kecil?

Jom kita cuba kaedah permerinyuan atau juga lebih dikenali juga sebagai kaedah cuba jaya (dalam bahasa inggerisnya adalah try and error). Kita isikan dulubalang dengan batu yang sangat kecil,masukkan ikut suka sebanyak mana, kemudian cuba masukkan yang kecil pula kemudian cuba masukkan yang besar.Eh, tunggu kejap, masukkan pasir tadi katalah dah setengah baling,kemudian masukkan yang bersaiz kecil pula beberapa ketul kemudian bila nak masukkan yang bersaiz sederhana besar, didapati dah tak muat atau kalau muat pun cuma satu je.

Cuma satu je bersaiz sederhana besar leh masuk?Hurmm..kita cuba dengan aturan masukkan yang paling besar dahulu.Masukkan beberapa ketul, kemudian cuba masukkan batu-batu kecil,eh didapati leh dimasukkan agak banyak batu kecil dek kerana ada rongga diantara batu-batu bersaiz sederhana besar tersebut.Akhir sekali cuba masukkan pasir pula, dah la batu bersaiz sederhana besar punya rongga, campur lagi rongga di antara batu-batu bersaiz kecil, ternyata pasir boleh masuk agak banyak.Digoncang-goncangkan baling agar pasir boleh menelusuri (sesuai ke perkataan ni? )rongga-rongga yang berbaki.Ternyata kombinasi kaedah kedua member ruang dan tempat yang boleh dikatakan seimbang antara batu-batu berlainan saiz tersebut.


Hmm..apakah signifikasinya?Dalam hidup kita, ada pekara-pekara yang berlainan kepentingannya.Agama dan keluarga merupakan pekara besar@penting bagi kita,kemudian rakan-rakan atau mungkin kekasih mungkin agak kurang pentingnya berbanding agama dan keluarga.Dan yang paling kurang kepentingan mungkin adalah kehendak-kehendak kita yang hanya kekrana nafsu menginginkannya.


Cuba kalau kita habiskan duit untuk benda-benda yang paling kurang penting terlebih dahulu, sudah tentu terleka sehingga tiada peruntukan untuk pekara yang lebih penting.Sebagai contoh yang jelas,kata lah prepaid kita, kita habiskan dekat buah hati,memang la rasa seronok (tapi ditafsir bahagia :P), sehingga asyik tanpa disedari abis duit prepaid kita.Tapi kalau kita utamakan prepaid untuk ibu bapa terlebih dahulu,telefon ibu bapa confirm takkan lama punya dan mak ayah pun faham bila da agak lama didalam talian, tengok, masih lagi ada berbaki untuk pekara-pekara lain.Setuju?


Jadi mesej nya di sini adalah utamakan yang lebih penting dahulu, insyaALLAh pasti ada baki untuk yang kurang penting.Sekurang-kurangnya segala yang kita ada boleh disalurkan kat semua kategori, ye dak?

Read more...

About This Blog

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP