Tuesday, January 27, 2009

Ambil Kembali Permata itu

Dunia Islam hari ini ibarat kertas yang di cucurkan dengan api. Sedarkah tidak wahai mujahid-mujahid
Islam di IPT bahawa tanggungjawabmu kian membesar? Kau lihatlah hari ini dunia Islam yang pegang itu di buat seperti sampah. Saudara-saudaramu dibunuh sesuka hati. Apa tugas dan apa yang kalian telah lakukan untuk Islam?


Masalah Mahasiswa Mahasiswi Islam hari ini adalah tiada matlamat ataupun matlamatnya tidak tepat.
Setiap orang dari kita mempunyai matlamat yang berbeza-beza.


Sedangkan apa yang Islam mahukan setiap penganutnya mempunyai 1 matlamat sahaja iaitu mendapat keredhaan Allah.


Ini semua adalah rancangan jahat orientalis dan sekularis yang ingin umat islam berpecah-belah.
Sekarang ini pun kita sudah lihat kejayaan mereka. Berapa ramai pemuda-pemudi Islam yang hidup berpeleseran tiada hala tuju?


Berapa ramai pula yang hidup dengan kemaksiatan?

Semua itu telah menunjukkan betapa berjayanya musuh-musuh Islam dalam menyesatkan umat Islam.

Tidak cukup dengan itu,pendidikan tinggi kita pun jadi sasaran.

Bakal-bakal pewaris takhta kerajaan di lekakan dengan kemewahan dan keseronokan.
Unuversiti kini jadi medan pertaruhan musuh-musuh Islam sejauh manakah kejayaan mereka dalam
menyesatkan orang-orang Islam.


Dengan skop pembelajaran yang dibawa dari barat,pendidikan mahasiswa di universiti kini mengarah
kepada pemecahan kesatuan dari segi pemikiran yang berpusat tidak lain hanya kepada Allah.


Mahasiswa diterapkan dengan nilai personal yang tinggi dan sifat bersatu dibunuh sama sekali.
Universiti hari ini tidak ubah seperti kilang yang menghasilkan produk muslim yang langsung tidak
berkualiti.


Matlamat hidup yang berbeza-beza antara setip mahasiswa islam telah menghilangkan sama sekali rasa ukhwah antara mereka dan tidak ada pun perasaan bersaudara sesama muslim.


Kita lihat semakin ramai mahasiswa islam yang berkelahi sesama sendiri semata-mata atas alasan
pemahaman politik yang berbeza.

Apa pula terjadi pada pelajar mahasiswa bukan Islam?

Mereka semakin sibuk dengan pelajaran dan kecemerlangan.

Keadaan dan senario politik kampus tidak pernah di endahkan dan mereka hanya tersenyum apabila
melihat mahasiswa-mahasiswi Islam ini berkelahi sesama sendiri.

Sedangkan apa yang perlu di titik beratkan semasa hidup di IPT adalah mengumpul ilmu sebanyak
mungkin. Sebagai seorang pelajar Islam yang berpelajaran tinggi,sejarah Islam ketika permerintahannya menjadi agong di mata dunia suatu masa dahulu tidaklah perlu diabaikan dan hanya tinggal menjadi sejarah.


Ilmu-ilmu Islam yang telah dicuri oleh barat suatu ketika dahulu perlulah kita anggapkan sebagai permata Islam yang hilang.


Mahasiswa Islam tidak boleh leka lagi.
Kita perlu ambil kembali permata kita yang hilang itu untuk kita bina kembali zaman kegemilangan Islam
dan kita buktikan pada dunia Islam adalah satu-satunya cara hidup yang terbaik.


Ayuh!Bangunlah wahai Mujahid-Mujahid Allah.
Bangkitlah.
Hilangkan segala lena dalam hidupmu.
Kembalikan semula martabat Islam dimata dunia.
Segalanya terletak atas bahumu wahai pejuang.
Jangan kau leka lagi dengan wang pinjaman tak seberapa itu.

Jangan pula kau sibuk mencari pasangan.
Dan jagan sesekali kau junamkan dirimu ke lembah maksiat.

Sediakan diri untuk memikul amanah Allah.
Bersedia untuk kita sama-sama bina sejarah Islam yang gemilang .


Ar-Ruhul Jadid Fil Jasadil Ummah

0 comments:

About This Blog

Waktu Solat

  © Blogger template Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP